coming (very) soon: Teater Dusta Pada Skala 1 Hingga 10
Teater ini akan berlangsung pada esok hari. Nak lebih detail:
Sedikit sinopsis untuk teater ini:
Begitu banyak penipuan dan pendustaan terjadi dalam kalangan manusia zaman kini. Tidak kira pangkat dan darjat, tua atau muda, sifat angkuh adalah tunggak utama setiap manusia untuk mencapai cita-cita. Perebutan dan perbalahan demi merebut sesuatu yang menjanjikan kebebasan telah menjadikan setiap orang bermusuh sesama sendiri. Yang paling berkuasa akan terus menguasai dan mengawal kehendak manusia. Setakat manakah manusia mampu berdusta demi mencapai matlamat? Adakah skala dusta tertentu mampu melindungi manusia dari hukuman yang telah ditetapkan? Yang mana satu dusta paling tinggi? Dusta pada diri sendiri atau dusta pada manusia yang lain? Adakah anda pun berdusta? Berapakah skala dusta anda?
Saturday, May 26, 2012 | | 2 Comments
TEATER USTAZ ZAPIN: A Joyous Success
Don't miss our next performance 'Dusta Pada Skala 1 Hingga 10' this Sunday. It'll be something very different from this musical theme. More details here.
Wednesday, May 23, 2012 | | 0 Comments
akan datang: TEATER USTAZ ZAPIN
Apakah "seribu satu kisah yang terungkai" itu? Semuanya hanya akan terjawab dalam Teater Ustaz Zapin.
Tuesday, April 24, 2012 | | 0 Comments
pesanan untuk sang muda
pesan aku untuk yang muda
jika bercinta biar dari jiwa
jika berkasih biar nyata
jujur pada perasaan seadanya
cari yang indah bak bidadari
bukan rupa tetapi budi pekerti
namun sebelum yang indah dapat kau miliki
cerminlah selayaknya diri
jangan kau idamkan yang cantik
kalau diri sendiri pakai merepek2
jangan kau mimpikan yang baik
kalau perangai kau tak semenggah terpekik2
dan bila dia berjaya kau tawan
anggaplah dia sebaik2 kawan
berkongsilah segala bahagia dan rawan
jangan sesekali dia kau tinggal2kan
jangan indah hanya pada awalnya
kerana yang sukar adalah pada mengekalkan
dulu kau sentiasa mahu berada disisinya
walau kau tahu betapa dia benci melihat muka kau
kau tetap pegang erat tangannya sambil menyanyi
benci atau tidak, apa kau peduli
dulu dia sanggup kau kejar
pantang hilang dari padangan walau sebentar
kini dia kau biar menyendiri
biar dia memujuk hatinya sendiri
jangan..
jika benar kau mahukan dia
jagalah dia sebagaimana kau mahu dijaga
jangan berani mendekati dia
jika tidak berniat menghabiskan nyawa bersama
jangan mempermainkan hatinya
jika tidak berniat membina masjid bersama
jangan berjanji jika tak mampu dikota
jangan indah hanya pada awalnya
kerana yang sukar adalah pada mengekalkan
ya, perubahan itu pasti
namun bukan pada hati
berkasih biar sampai ke langit tua
bercinta biar hingga ke akhir masa
Tuesday, March 27, 2012 | Labels: by MOCQA | 0 Comments
Warisan Senandung Di Kala Malam
Dulu aku pernah terasa kehilangan sebuah keluarga. Tempat aku mengadu cerita. Tempat aku bersuka duka. Tempat aku melupakan segala lara. Tempat aku berkongsi tawa gembira. Untuk kali itu aku terasa kehilangan tempat bersenandung di kala malam.
Tapi kini aku bertemu kembali harapan. Keceriaan dan kegembiraan. Persahabatan dan kekeluargaan. Perkongsian dan penerimaan. Fahaman dan pemahaman. Aku bertemu kembali tempat aku mewariskan pengalaman dan pengetahuan. Dan kali ini aku telah kembali berada di sisi keluarga.
Monday, November 21, 2011 | Labels: SENANDIKA | 0 Comments

karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-TiadaTerbitan 2.5 Malaysia Creative Commons.











